KEBAIKAN BROWN RICE / BERAS PERANG

Selamat pagi. Pernah terfikir kenapa ada orang makan beras perang walaupum tak sedap? 
Ia bukan untuk kurus semata tapi sebenarya banyak kebaikan pada kesihatan.

herbalife


9 SEBAB KENAPA KENA MAKAN BERAS PERANG

1- Beras Perang bagus untuk diabetes atau pencegahan diabetes.
Ia menstabilkan gula dalam darah disebabkan glycemic index yang lebih rendah dari beras putih. Gula di dalam darah tidak naik tinggi dan stabil dan akan membuat kita kenyang lebih lama.

2-Beras perang tinggi antioxidant 
Beras perang mempunyai antidoxidant yang tinggi yang boleh melindungi kerosakan disebabkan banyaknya radikal bebas pada hari ini. Sekiranya anda mempunyai genetic kanser, kemungkinan untuk mendapat kanser adalah tinggi dan anda mungkin boleh mengambil langkah mencegah dengan memulakan makan beras perang pada hari ini.

3-Beras perang membantu menurunkan berat badan
Beras perang mempunyai manganese yang tinggi yang mempu membantu membakar lemak. Selain itu ia membuat kita lambat lapar berbanding beras putih. Walaubagaimanapum kalori adalah hampir sama sahaja

4-Beras perang mengurangkan risiko neurodegenerative disorder.
Ia boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, nyanyuk dan pelupa.

5-Beras perang juga bagus membantu mengawal emosi.
Kajian menunjukkan wanita yang menyusu yang makan beras perang akan kurang gangguan emosi, tekanan dan keletihan.

6-Membantu system penghadaman.
Fiber tinggi dalam beras perang membantu penghadaman dan membuat kenyang lebih lama.Lapisan pada beras perang juga melindungi dari penyerapan asid yang boleh mengelakkan serangan gastric. Ia juga bolehh melegakan sembelit dan radang pada usus.

7-Beras perang untuk menjaga kesihatan jantung
Kaya dengan selenium yang membantu pengurangan salur darah tersumbat. Ia akan mengurangkan risiko darah tinggi, stroke dan lain-lain lagi.

8-Beras perang untuk menurunkan kolesterol
Ia mengekalkan kolesterol baik dalam badan dan mengurangkan kolesterol jahat.

9-Beras perang untuk mencegah kanser
Mempunyai component phenol yang boleh mengelakkan pembiakan sel sel kanser usus dan kanser payudara. Malah ada kajian yang menunjukkan beras perang mampu merangsang sel kanser darah untuk apoptosis (Bunuh diri)

So dengan kata lain, brown rice sangat banyak khasiat berbanding beras putih. Tapi jangan risau jika anda bukan penggemar brown rice, nasi putih juga okay asalkan amik kuantiti bersederhana.