Alhamdulillah. Baru sahaja balik dari free vacation Taiwan.
Masyaallah amazing journey bercuti dengan Herbalife. Tak perlu fikir apa apa
kerana semua diurus dan dibayar oleh Herbalife.
Jujurnya vacation free ini Herbalife beri pada coach yang
mencapai certain target volume point. Tapi coach sendiri dari awal tak pernah
focus mengejar target free vacation pum. Kami cuma focus untuk membantu coachee
mendapat result yang mereka gembira dan sedar tak sedar kami terqualify dengan
sendiri.
Ketika sampai di sana
jam 3, ada staff yang menunggu di airport. Staff tersebut mengiringi kami ke
hotel Shangri La yang merupakan antara hotel yang mewah di Taiwan. Bila coach
tengok AGODA, harga sebilik RM1000-RM1500 satu malam. Masyaallah. Murahnya hati
Herbalife menaja kami 4 malam di sini.
Katil berlapis lapis empukk. |
Meja kerja |
Setiap hari bila masuk bilik, mesti ada suprise dari herbalife. |
Tandas ada tv |
Jam 5 malam kami masuk bilik, di sana sudah gelap dan
magrib. Saat tu terkejut melihat mewahnya bilik sehingga tandas hotel pum ada
tv. Masa tu kami bergelak sesame kami. Begini rupanya bilik hotel yang harga
RM1000. Kalu tanpa herbalife bayar, takdeenya nak merasa bilik mewah begini.
Breakfast di hotel ini agak mewah. Pelbagai. Tetapi untuk
muslim, banyak limited kepada roti, buah, bijirin. Kalu yang lain, sushi,
pizza, daging semua memang sangat sedap dan mewah. Cuma coach tidak yakin since
ada juga bahagian pork. Tapi paling best adalah jus buah yang memang pure dan
kaw kaw. Sedapp sangat campur dalam shake.
Hari ke 2 di sini, Herbalife bawak kami ke Memorial Park
untuk Taichi.
Selepas tu kami pergi lunch dan lunch muslim memang special ke
kedai yang betul betul halal. Makanan memang ohsem! Tak sempat berlapar. Kalu dulu pergi negara bukan islam mesti struggle cari makanan.
Petangnya Herbalife bawak kami ke Menara Taipei yang merupakan bangunan
tertinggi di dunia sebelum KLCC. Dari atas menara tu, nampak Bandar Taiwan yang
sangat luas.
Pemandangan dar hotel nampak Taipei 101 |
Day 3, Herbalife, kami pilih untuk buat aktiviti sendiri
daripada follow aktiviti Herbalife. Kami pergi ke tempat semulajadi seperti
Yangmingshan dan Geo Park.
Yangmingshan merupakan sangat cantik. Di sini juga
adalah salah satu national park di Taiwan. Naik bukit sikit kami jumpa air terjun
yang sangat cantik. Di sini hujan tapi hujannya comel macam salji. Tak basah
pum. Msayaallah sangat cantik dan jelas keindahan ciptaan Allah.
Air terjun |
Habis di Yangmingshan, kami menuju ke Geo Park,
kami terjumpa kedai muslim halal Indonesia dan makan bakso di sini.
Toko halal indon |
Day 4, kami pergi ke Tea Farm dan belajar bagaimana memetik
daun dan juga membuat teh. Menarikk tapi bagi coach menarik lagi Cameron
Highland.
Day 5 ada Gala Dinner. Makanan diasingkan muslim dan bukan
muslim. Tema Alice in Wonderland. Malam selepas pulang dari Gala Dinner, kami
pergi ke Night Market untuk membeli cenderamata.
Keesokkan hari, kami bersedia untuk pulang dan menaiki bas
disediakan ke airport.
Gala Dinner |
Pengalaman bercuti di Taiwan adalah negara ke 9 bagi
coach dan to me adalah okay dan menarik. Tapi untuk muslim, rasa tak betah
duduk lama lama sebab toilet dia takde air. Muahaha.
So tahun depan vacation free seterusnya adalah Korea.
Yeayyy! Jom!
Boleh whatsapp 0169450897