PERUT SELALU BLOATING & PEDIH ULU HATI. KENAPA?

 

PUNCA MAKANAN YANG MENYEBABKAN BLOATING & PEDIH ULU HATI



Makanan Penyebab Bloating (Kembung)

  • Sayuran berkanji tinggi serat: kubis, brokoli, bunga kobis, asparagus, bawang

  • Kekacang: kacang soya, kacang dal, kacang merah (mengandungi raffinose & serat tidak larut)

  • Minuman berkarbonat: air gas, soda (mengandungi CO₂)

  • Makanan bergula tinggi: gula alkohol (sorbitol, mannitol dalam gula-gula diet)

  • Produk tenusu: susu, keju, yogurt (jika ada lactose intolerance)

  • Gandum / Gluten: roti, pasta (bagi yang sensitif atau ada IBS / gluten intolerance)

  • Makanan berminyak & bergoreng: lambat dicerna → gas terkumpul





Makanan Penyebab Pedih Ulu Hati

  • Makanan berasid: tomato, oren, lemon

  • Makanan pedas: cili, kari

  • Minuman berkafein: kopi, teh

  • Coklat: melonggarkan otot LES (Lower Esophageal Sphincter)

  • Makanan tinggi lemak: burger, keju, pizza

  • Alkohol

  • Makan lewat malam atau makan besar secara cepat


BAGAIMANA BLOATING BERLAKU?

Berlaku apabila:

  1. Gas berlebihan terbentuk dari penapaian makanan dalam usus oleh bakteria.

  2. Pencernaan perlahan akibat makanan tinggi lemak/serat → makanan duduk lebih lama dalam perut.

  3. Menelan udara semasa makan cepat, minum air gas, atau bercakap sambil makan.



CARA MENGATASI BLOATING & PEDIH ULU HATI

A. Gaya Pemakanan

  • Makan perlahan & kunyah makanan betul-betul

  • Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa

  • Elakkan makanan trigger (kenal pasti dari pengalaman sendiri)

  • Jangan baring terus selepas makan (tunggu sekurang-kurangnya 2 jam)

  • Minum air suam (elakkan ais semasa perut tidak selesa)

B. Supplements semula jadi / sokongan

  • Probiotik: untuk bantu keseimbangan bakteria usus

  • Teh halia / peppermint / chamomile: bantu keluarkan gas

  • Enzim pencernaan (jika makan makanan berat)

  • Antasid (untuk pedih ulu hati, contohnya Gaviscon)

C. Gaya Hidup

  • Elakkan pakaian ketat di bahagian pinggang

  • Banyakkan bergerak lepas makan (jalan kaki ringan)

  • Kurangkan stress (kerana stress juga ganggu pencernaan)




INI KISAH SAYA
Ketika mengandung anak yang pertama, saya mengalami perut kembung yang sangat teruk, makan tak boleh salah sikit, perut rasa sangat tak selesa. Kerja harian saya sangat terjejas. Setiap malam semestinya minyak angin menjadi peneman di sisi katil. Diurutnya perut yang berangin, terasa sampai ke atas. Dengan aloe vera diminum setiap pagi, Alhamdulillah perut selesa dan saya rasa tenang. 







Nak dapatkan cara mudah urus perut bermasalah, contact saya. Coach Jiha sedia membantu!!