Kisah Pengguna Produk Kurus Viral

 

Kurus Dengan Ubat, Tapi Badan Rosak Tanpa Disedari

“Saya tak nak kurus lagi. Saya cuma nak sihat semula.”

Itu ayat yang keluar dari mulut Ain, seorang wanita berumur 29 tahun, sewaktu saya pertama kali jumpa dia dalam sesi coaching kesihatan.

Ain adalah seperti kebanyakan wanita lain berisi sejak zaman belajar, selalu jadi bahan gurauan, dan sentiasa struggle bila beli baju.

Dia cuba macam-macam:

  • Diet tak makan nasi

  • Senaman zumba 5x seminggu

  • Puasa Intermittent

Tapi berat tetap degil.


💊 “Saya jumpa satu produk kurus viral dekat TikTok. Ramai kata turun 5kg seminggu. Saya pun beli.”

Dalam 10 hari pertama, Ain turun 6kg.

Baju longgar. Kawan-kawan puji. Dia rasa yakin balik.

Tapi dalam masa yang sama:

  • Dia selalu cirit-birit

  • Tak lalu makan langsung

  • Badan selalu menggigil & berdebar

  • Susah tidur malam, kepala rasa ‘kosong’

Lepas sebulan, period mula jadi tak teratur. Berat turun 9kg, tapi muka pucat dan rambut mula gugur dengan banyak.


🏥 “Saya kena ke klinik. Doktor kata buah pinggang saya menunjukkan tanda kerosakan awal.”

Rupanya produk yang Ain ambil mengandungi sibutramine – bahan terlarang yang pernah digunakan dalam ubat pelangsing dulu, tapi sudah diharamkan kerana boleh sebabkan serangan jantung & strok.

Ain berhenti serta-merta.

Tapi...

Berat naik balik dengan cepat. Dalam masa 1 bulan, dia naik semula 7kg.

Kali ni bukan sekadar berat — mental pun terjejas. Dia hilang semangat, rasa diri ‘gagal’, dan takut untuk cuba apa-apa lagi.


😢 “Saya rasa saya hancurkan badan saya sendiri sebab nak kurus cepat.”

Kata-kata Ain sangat meruntun hati.

Dia tak perlukan lagi “produk kurus cepat”.
Dia cuma nak pemulihan dan ilmu sebenar tentang kesihatan.


🌿 Di Sini Perjalanan Sihat Ain Bermula

Saya mula guide Ain perlahan-lahan:

  • Rawat usus & hormon dia dahulu

  • Gantikan sarapan dengan shake tinggi protein & serat

  • Minum cukup air, rehat, kawal stress

  • Bina semula keyakinan & kasih sayang terhadap badan sendiri

Kini Ain dah turun semula 5kg secara sihat,
period kembali stabil, dan kulit makin berseri.

Paling penting: dia rasa kuat & bertenaga.

Produk kurus yang menjanjikan hasil cepat,
…selalunya datang dengan kesan buruk yang lambat kita sedar.

Kalau anda pernah alami kisah seperti Ain —
Ingat: badan kita bukan untuk eksperimen.
Ia perlukan nutrisi, bukan penyeksaan.


📲

Kalau awak tengah struggle nak kurus secara sihat,
Saya sedia bantu awak mulakan semula perjalanan yang selamat, disokong ilmu & nutrisi, bukan ubat dan seksaan.

Klik sini untuk coaching peribadi percuma → [Coach Jiha]