Showing posts with label herbalife cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label herbalife cyberjaya. Show all posts

Tip Kenyang Lebih Lama Ketika Diet

Bila diet mesti orang akan fikir lapar lapar lapar. So nak kurus dengan berkesan antara benda kena atasi adalah lapar itu. Sebab bila kita tahan lapar, badan kita tak mampu bakar lemak lebih berkesan. Malah ia akan buat metabolisma kita drop dan berat jadi yoyo.


TIPS 1 : PILIH MAKANAN LEBIH FIBER


Makanan mengandungi fiber mengambil masa lebih lama untuk dicernakan, dan memberi kesan kenyang lebih lama berbanding makanan kurang fiber. Fiber jugak mengandungi anti-appetite molecule yang menyebabkan kita kurang craving, lapar, teringin macam-macam walaupun perut sebenarnya dah kenyang. 

kenyang lebih lama



CONTOH MAKANAN YANG ADA LEBIH FIBER 
1. Tukar nasi putih kepada nasi perang. Nasi perang mempunyai kalori yang hampir sama dengan nasi putih tapi dia mengandungi fiber yang tinggi untuk membantu kenyang lebih lama.

2. Pastikan main meal sayur cukup half plate/1 mangkuk. Kalau cukup sayur confirm cukup fiber. Sayur lebih takkan mengemukkan.

3. Roti boleh pilih roti wholemeal. Roti wholemeal fiber tinggi. Makan 2 keping pum dah kenyangg. Kalu roti puit, 2 keping roti macam tak makan apa apa. Tetap lapar.

TIPS 2 : PILIH MAKANAN LEBIH PROTEIN

Pemakanan yang mengandungi protein menghasilkan appetite-reducing hormone, dan mengurangkan hormon lapar. Jadi secara natural, tanpa tingkatkan kalori, pemilihan makanan lebih protein akan menyebabkan kita rasa lebih kenyang lama. Protein jugak ada powerful effect untuk kurangkan craving.
tip kurus

CONTOH MAKANAN SEHARIAN UNTUK LEBIH PROTEIN
1. Snek makan telur rebus atau kekacang. Telur dan kekacang tings protein.

2. Lunch pastikan makan 1 bahagian ayam/ikan saiz tapak tangan, Tak perlu kurangkan konon2 nak kurangkan kalori lagi. Lunch yang lengkap protein amat penting utk kenyang lebih lama.

3. Boleh pilih sayur-sayuran yang tinggi protein macam bayam, broccoli, sayur kekacang, dan lain2. 

TIPS 3 : PILIH CARBOHYDRATE YANG LOW GLYCEMIC INDEX

GLYCEMIC INDEX (GI) ni pengukur kesan carbo tu kat paras gula dalam darah. Kita biasa dengar carbo. Jadi carbo pun ada carbo sihat ada carbo tak sihat. Jadi jangan takut carbo, instead pilih carbo yang lebih baik. Dan ikutkan mealplan pengambilan carbo dah lengkap tak perku lebihkan atau kurangkan.
Carbo yg Low GI lebih lambat naikkan gula dalam darah. Means lebih Baik, lebih mengenyangkan, & menyebabkan jumpa kalori harian lebih rendah berbanding kalau byk makan benda high GI.
Kesan bila selalu pilih makanan rendah GI - kita lebih kenyang lama jadi senang sangat jaga makan. That's why benda kecil mcm ni boleh menyebabkan kita diet TANPA LAPAR, sebab pilih makanan yang mengenyangkan. 

tip kurus


NOTE : Herbalife shake is certified LOW GI MEAL.

TIPS 4 : Kurangkan gula putih, makanan yang mengandungi gula
Walaupun kalori tak lebih, makanan yang mengandungi gula macam desserts dan air manis akan menyebabkan kita lebih lapar secara berhari-hari. Gula adalah addicted. Sekali mula amik, mesti nak lagi. So elakkan terus adalah jauh lebih baik.

TIPS 5 : MINUM 4L AIR
Kalau 3L tu oke. Tapi 4L memang best. Puas je badan tak craving. Boleh praktis pelan2. Jangan paksa terus. But once you have build the habit, memang selesa je rasa lebih bertenaga dan 'tenang' tak lapar2 atau craving bila cukup 4L.

So bleh cuba 5 tip berikut. Inshallah anda boleh kurus tanpa berlapar. 


SURI KURUS GATHERING DAY

Still takleh move on event Hi Tea Surikurus 7 Dec lepas.  Seronok betul gathering semalam. Santai. Relax. Borak borak kosong je. Suka sangatttt la event Surikurus ni. Coach sendiri suka. 

kuruskan badan

Hi Tea Gathering ni biasa kita buat setahun sekali je. Memang buat untuk meraikan customer under Surikurus Coaching. Yela coaching kita 100% online. So time ni jela nak jumpa face to face. Ketaqqq taww nak jumpa sorang sorang. Mostly customer coach dah kurus dan capai ideal baru jumpa coach depan depan. Hehehe

Makanan memang ohsem. Sedappp. Produk free flow. Boleh cuba guna je semua produk yang ada. Boleh buat body scanner sekali. Siap ada lucky draw lagi.
Herbalife
Produk Herbalife free flow disediakan. Siap ada F1 Coklat Mint Dari Korea.

Kita banyak sangat sediakan hadiah. Recognition untuk customer turun 5kg, 10 kg, 15 kg, 20kg dan ke atas. Siap ada recognition untuk customer yang anniversary setahun, 3 tahun dan seterusnya kekal setia.

Kurus
Recognition customer setia

Hadiah customer kita bawak balik

Hadiah customer lain pula.


kurus dengan Herbalife
 Sempena 10 tahun coach anniversary dengan Herbalife.

Kurus dengan Herbalife
Antara sebahagian member Elite Coaching yang hadir same


Dan paling best sekali event Surikurus ni kid friendly. Siap sediakan sand art. Ibu yang datang tidak risau anak bosan. Siap anak tak mau balik lagi. Haha. Muhammad seronok betul dapat buat 4-5 keping gambar. Cantik. Bestt.


kurus


Herbalife


Jumpa Eryna Bte Mohammad Seth semalam. Lama sungguh tak jumpa. Alhamdulillah turun 19kg dan maintain sampai sekarang. 

Cerita dia; kalu dulu mengah. Semput. Tak suka exercise. Tak suka makan sayur. Sekarang, fit la sikit. Takde semput semput. 

Sekarang dah turun 19kg. Dah suka exercise. Dan sayur pum dah mula makan yang mana boleh. 

Herbalife
Eryna yang dah turun 19kg

Ni pula kisah kapten dan isteri. Bermula nak kurus sebab ada masalah kesihatan. Sebab obesiti. So mula turunkan sedikit berat. Sekarang isteri sekali terjebak. Dah turun 2 kg. Dan paling suka kapten kata macam dapat isteri baru. Isteri shapping kaw kaw dan muka awet muda.

kurus dengan Herbalife
Kapten dan isteri


Ni pula kisah customer kita ainaa. Ainaa ni turun 6kg. Siap ajak suami makan seklai. Kata aina bestnya shake ni takperlu sedia makan pagi. Mudah. Shake jela hari hari.

product  herbalife
Ainaa turun 7 kg

Seronok dengar. Excited lakkkk. So sapa kat sini nak kurus dan fit, coaching dec masih dibuka tawwww. Boleh ketuk pintu sebelah 😜
.
 KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0169450897 
✔️ Turun Berat 5-50kg
✔️ Group Coaching Wanita dan Lelaki
✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH
✔️ Coaching Group yang supportive
✔️ Kelas Kurus Online
✔️ Food Diary Checking, HomeWork
✔️ Recognitions and Reward
✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE
💯 turun berat bagi yg ikut guideline .
.
TENTANG PROGRAM KAMI
Kurus Tanpa stress
Tak wajib masak/eat clean
Tak wajib bersenam
Kurus Tanpa Berlapar
🍚 Boleh makan NASI setiap hari
✔️ Boleh makan masakan Melayu
.
.
Start Now 📲0169450897
30 DAYS TRIAL AVAILABLE.
⚫️ Herbalife Coach

⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN

TIP KURUS BERKESANTIP DIET TIP KURUS CEPAT

CUTI MELAWAT SEOUL KOREA

Minggu lepas herbalife bawak pergi korea. Hotel ditaja aktiviti semua ditaja. 

Hotel Novotel Ambassador. Di tengah bandar Seoul.
Bilik nice. View bandar Seoul. Sangat dekat dengan station subway



Best. Agak mahal. Tengok agoda harga rm600-rm1000. Tapi since it is free okay je. Herbalife bayar duduk 4 malam.

Korean Food Village:
Besttt. Amik gambar cantik. Makan bibimbap. Ntah eja betul ke salah. Sayur dia warna warni. Sihat. Bagus untuk diet.

Seoul
Korean Food Village
Menu shirt
Bibimbap ni telur, sayur dan sup. 


Nami Island paling best. Gambar sangat cantik. Ada satu kedai makan Asean Cuisine. Dalam tu ada surau dan ada library besar. Sangat selesa. Kiteorang lepak lama juga. Makanan dia coach makan tomyam. Sangat sedapppp. Meleleh makan nak nangis.

Vacation Korea
Asean Cuisine di Nami Island.

Library Salam restaurant tu. Sekali dengan playground. Dan ada sure yang besar. Wajib singgah jika datang Nami Island.

Korea
Borsama SuriKurus Coach

Cuti cuti Malaysia
Cantik kan view dia.

Pastu g Myeondong juga. Myeondong ni macam petaling street. Ada macam macam barang. Nak beli cenderamata sini okay. Ada skin care ada stokin. Kitaorang beli benda makan makan je. Makan potato rebus sedappp.

Makan korean traditional sweatener pum sedappp. Macam gula tarik kita yang letak kacang. Yang kita selalu makan kecil kecil dulu😹.

Korea
Traditional sweet


Hari ke 3 pergi Itaewon. Suka sangat. Sini tempat akan dapat banyak makanan halal. Kiteorang makan Makan Halal Korean dekat dengan masjid itaewon. Sedap sangat. Range harga rm30-rm50 Malaysia untuk satu hidangan.

Cuti seoul
Sotong tu sedappp sangat. Sumpah. Nama dia tak ingaat
Kiteorang juga amik peluang mencuba Korea Halal Snack yang berdekatan dengan masjid. Dengar kata ownernya adalah muslim convert Korean. Rasa snack tu sedappp. Makan panas panas dalam keadaan şuhu 2 celcius semua sedap.

Itaewon
Tengok Muhammad hirup kuah dia. Pedas 


Everland pum coach pergi. Tapi tak main sangat. Since suhu sangat sejuk, kiteorang berkurung dalam restoran yang herbalife book sahaja. Macam sayang juga sebab tempat tu sangat luas. Tapi tak main pum😌.

Baju kat sana musim winter semua cantik cantik. Gila arr. Tapi coach tak beli sebab rasa tak terpakai kalu duduk malaysia yang matahari terik. 

Kat sana musim sejuk. Best minum cofeee. Hari hari minum. 

Korea ni diorang pakai naver map. Bukan google map. Naver map tu best sebab dia bgtahu step step nak pergi mana. Naik train ke naik bas ke. Berapa km berapa lama nak sampai dan kalu naik taxi atau bas berapa kos. So sangat membantu foreigner mcm kita.

Best ke duduk korea?

Dudk sekejap okayla. Tapi coach tak suka sangat korea. Penduduk dia sangat jarang bergelak tawa. Mereka stress dengan living cost tinggi. Even kalj tak salah penduduk Korea antara yang ramai bunuh diri.

Tapi benda bagus pasal korea ni kerja diorang tip top. Bagus sgt. Perfect! Takdela keje slow slow sambil gelak gelak mcm kita🤭. Tapi they take too serious about life. Dan tak besy juga tax diorang bayar sangat tinggi pada kerajaaan. 14 -44% daripada gaji. Dasyatkannnnn.

Even tour agent yang bawak coach pum cakap, suami dia kena bayar tax 42%. Suami dia antara kerja bagus di syarikat besar. Banyaknyaaaaa.

Apapaum korea is nice to be visit. Tapi malaysia tetap yang best utk diduduki. Thank youuu Herbalife bawakkan kiteorang berjalan jalan. Dah balik Malaysia ni rasa semangat lain macam je nak kuruskan lebin ramai orang. Okay, jom. Whatsapp kita 0169450897. Bye





BAHAYA DIET YOYO



Ramai orang berjaya turun berat tapi tak ramai orang berjaya maintain kan berat yang telah turun disebabkan salah pilih cara diet iaitu diet yoyo. Berikut adalah 6 ciri tanda diet yang kita buat sekarang adalah diet yang betul.







APA ITU DIET YOYO??

NAK TIP DIET ELAK YOYO...



Diet yoyo: Repeat cycle turun, naik dan diet semula. Bahaya diet yoyo ni adalah
Ia menyebab naik selera makan atau craving selepas diet extreme yang melampa. Dan menyebabkan makan banyak yang tidak terkawal. 

Yoyo diet menyebab body fat tinggi. Bila naik berat, lemak naik lebih mudah dari otot. Ia akan menyebab berat makin sukar turun. Metabolisma makin turun. 

Diet yoyo juga menyebab  muscle loss yang tinggi. Rasa letih. Tidak aktif. Dan hidup kurang produktif.

Pengulangan naik turun naik turun menyebab risiko dapat fatty liver.Sebab fat yang naik selepas diet yoyo cenderung utk berada di belly fat.

Yoyo diet juga dikaitkan dengan tinggi peluang utk dapat kencing manis type2, heart disease dan  high blood pressure compared dengan berat asal sbm ni.

Dan bahaya kesan diet yoyo utama adalah trauma pada dalam diri. Rasa frust. Rasa fed up. Dan rasa diet selama ni sia sia bila berat naik. End up kita give up dan memilih untuk makan macam dulu dulu dan kekal tidak yakin dengan berat. Rasa hopeless. 

3 PUNCA DIET YOYO




 1. Nak turun laju. Nak cepat. Diet yang paling popular yang laju turun. Tanpa amik peduli bahaya dan kesannya.

Solusi: Bagi badan tempoh dan masa. Diet yang sihat tanpa produk adalah turun 1 kg sebulan. Dan diet yang sihat menggunakan produk adalah turun 5 kg sebulan. Diet ni long term. Bagi badan masa. Kalu turun laju sangat, biasa diet tu adalah diet yoyo. Turun laju 90% akan naik balik semula. Dan bahaya diet yoyo gini, ia akan menyebab risiko lebih banyak  masalah kesihatan bila gemuk balik berbanding gemuk sebelum ni.

 2. Cut mana mana macaronutrient keperluan badan. Contoh diet tak makan karbo. Diet tak makan nasi. Diet yang tidak amalkan balance meal biasa akan berakhir kepada diet yoyo. 

Solusi: Focus pada basic. Badan kita perlukan karbo, protein, lemak secara balance. Ramai dari kita naik disebabkan makan terlebih karbo. Tapi ini tidak bermakna, kita seharusnya meninggalkan terus karbo dalam pemakanan seharian. Makanlah secara bersederhana.

 3. Selain itu, Mindset juga main peranan yang besar. Ramai target kurus sebagai short term goal. Ada orang dia nak kurus sebab nak kawin. Apa yang berlaku memang dia turun sangat laju. Tapi goal sebegini adalah sementara. Biasa selepas kawin, mereka senang naik semula. 


Solusi: Treat diet sebagai lifestyle. It is long term. It is not burden. Takperlu terlalu strict diet. Coach perasan diet terlalu strict melampau sangat membuat ramai tidak boleh konsisten. Kita tinggal di bumi malaysia yang penuh warna warni makanan. Takkan nak jadi allien makan sayur, makan asparagus, makan tanpa garam semua. Sebulan dua, it can be tetapi lebih dari tu biasanya back to old habit😜.

Bila orang tanya saya betulke orang kata herbalife ni bila stop naik semula. 

Jawapan saya: Depend pada cara anda makan herbalife. Adakah diet anda amalkan diet yoyo atau tidak. 

Tapi untuk coaching Surikurus, naik berat semula disebabkan diet yoyo tidak akan berlaku. Sebab meal plan dan coaching yang kita beri adalah BALANCE, TANPA LAPAR dan coaching yang kita beri adalah FULL GUIDE UNTUK KURUS DAN KEKAL KURUS. 


Dalam  coaching Surikurus kita, kita bagi coachee makan minyak minyak. Kita bagi coachee makan nasi putih. Kita bagi coachee makan sedap hari hari. Dengan moderate amount. Takde gah diet makan aspragus, makan salmon. Makan ayam goreng pum bolen kurus. Kita betulkan basic tapi basic ginila orang pandang sepi. Sebab tak glemer.

Tapi basic ini la ramai coachee saya kurus dan kekal kurus. Kurus tanpa struggle dengan masalah berat badan. 


Selain tu coaching kita tidak wajib untuk exercise. Kalu boleh exercise lagi bagus. Kalu tak exercise still turun 5-7 kg sebulan. 

Dan paling syok sekali coaching kita orang boleh turun berat dalam keadaan relax, no stress and gembira gembira je. Pilih speed masing masing. Sibuk ke tak sibuk ke still boleh kurus.😎.



PROGRAM KURUS 30 HARI



Apakah kesan yang saya boleh dapat apabila saya mulakan Program Kurus 30 Hari? 

- Badan lebih cergas, bertenaga & ringan.
- Progress turun berat badan dari minggu pertama. 
- SHAPING SHAPING SHAPING!! Bukan hanya sekadar turun berat atau melihat KG menurun, tapi badan pun susut dengan sihat & seimbang!
- Kulit lebih sihat
-Pencernaan lebih selesa
- Kurang craving/keinginan pada makanan manis dan yang tidak sihat.
- Rasai sendiri!!

*Hasil produk tidak tipikal, berbeza mengikut individu
*Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mendiagnos apa-apa penyakit


INGIN MULAKAN SEKARANG?

WHATSAPP 0169450897

Siapa yang perlu mulakan program Herbalife?


  • Orang yang sukar turun berat badan 
  • Lelaki dan wanita 
  • Orang berusia
  • Orang yang tak nampak gemuk, tapi sendiri tahu yang kena kurus untuk sihat
  • Orang yang nak sihat 
  • Orang yang tak nak guna bahan kimia atau cara tak sihat untuk kurus 
  • Orang yang mencari solusi untuk ubah gaya hidup sihat 
  • Orang yang nak turunkan lemak sahaja, tanpa turunkan berat 
  • Orang yang tak overweight/obes, tapi nak kempiskan perut atau kecilkan lengan/peha




Sertai Program Kurus 30 Hari Sekarang

WHATSAPP SEKARANG 

0169450897
0169450897

0169450897

FACEBOOK: Najihah che seman

Instagram: @coach.diet_jiha


Follow saya di Instagram untuk update terkini!