MELAWAT LANGKAWI

 Awal July haritu, coach pergi vacation satu family bawak mak dan adik adik ke Langkawi.


Sabtu, pergi UnderWorld. Ikan kat situ besar dan tua cikit. Sebab lama punya tempat kannn. Tiket rm36. Kebanyakan binatang dalam akuarium. Takboleh pegang. Yang bestnya benda baru ada pinguin dan anjing laut.
najihah che seman
Kat UnderWorld. Nampak tak ikan dia sangat tua😹😹😹


Ni penguin. Comel jerrr

Tghari check in Hotel Malibest. Besttt. Mengadap laut. Dan laut tu ada jetski, banana boat, parasailing semua. Cuma bayaran dia agak mahal. Kena survey harga sebab kena time, harga murah. Rejeki.
Bilik kat Hotel Malibest.

coach kurus
Lepak kat balkoni. Pergghhh best syok angin.

View dari koridor
Sebelum buat aktiviti, minum shake dulu sbg breakfast


Parasailing rm150
Banana boat rm60
Jetski rm120 30 minit.

Jetski tu kiteorang naik bertiga dengan anak. Main 10 minit je tak mau dah. Sbb ombak laut kuat. Pastu owner tu dah pesan bawak laju laju, sbb bertiga utk create stability.

Pastu gilir gilir dgn adik beradik. Semua orang boleh merasa. Tapi mimpi ngeri gakk tak mau naik dah. Seram lol naik jetski time lauk bergelora. Dahla dia kata kalu jetski terbalik, kena bayar upah baiki ribu ribu.😰😰😰

So ptg tu amik adik beradik dan mak yang sampai dari jeti. Kira petang tu memang tentative lepak kat hotel dgn mereka. Bestnya hotel malibest ni sebab mengadap laut. Pergghh! Walaupum laut dia tak bersih dan damai macam terengganu, tapi bolehlaaaaaaa🤪

Makanan kat situ banyak makanan china. Makanan melayu atau arab agak mahal. Dari hotel malibest, belah kiri ada deretan gerai melayu yang harga dia harga standard kat Malaysia.
Mango shake berdekatan Malibest. Best gila. Kena beratur ni. Dia pakai susu segar dutch lady. Memang berbaloiii dengan harga rm5 satu.

Keesokan hari pergi island hopping. Tunggu lama juga sbb ada org tak sampai lagi yg satu boat dgn kami. Dia singgah di pulau mandi, kat jambatan tu ada ikan best. Bg makan ikan dalam air. Amik gmbr cantik sgt.

Pastu dia sambung ke Eagle Feeding. Tgk eagle menyambar amik ikan. Kat situ pum best bagi ikan makan roti. Berlumba lumba ikan amik.

Pastu g Tasik Dayang Bunting. Kena naik tangga dalam rm10 melalu hutan utk sampai ke sana. Kat sana kena bayar rm10 utk main apa sahaja. Kayak, panddle boat. Boleh berenang. Besttt. Masa cepat sangat berlalu. Time nak balik, naik tangga semua, cramp kaki. Sbb dah penat berkayak satu jam.
najihah che seman
Island Hopping. Bagi ikan roti. Ikan gigit gigit tangan kita sissssss

Mandi lautt

Kat jambatan ni la ikan banyak gila. Ni pulau apa ntahh di mana kiteorang ditinggalkan boat selama sejam untuk mandi dan berkelah.
Berkayak kat Pulau Dayang Bunting. Salah satu aktiviti island hopping juga
Muhammad seronok betul mandi kat Pulau Dayang Bunting ni


Ptg: Kiteorang pergi naik Cable Car, Museum 3D. Nice view. Cantikla... Sapa nak naik skytrex blh naik. Bayar additional rm15. Tapi coach taknaik. Rasa cam tak menarik je😅

skycab langkawi
Naik cable car. View dari atas

Muzeum 3 D. Awal awal rasa cam boring rupanya besttt. Lama gak dulu dalam ni.






Esok ke Kilim. Sbm balik jeti naik feri menuju ke Penang. Time kat Kilim, tragic sikit.