‘Crash Diet’? Bahaya Sebenar Kepada Badan Anda

 

Apa Itu ‘Crash Diet’? Bahaya Sebenar Kepada Badan Anda

Pernah dengar diet jenis: makan sehari sekali, hanya minum air lemon, atau cuma makan sayur selama seminggu?


Inilah yang dipanggil “crash diet” — iaitu diet ekstrem yang menjanjikan penurunan berat dalam masa sangat singkat, tapi beri kesan jangka panjang yang merosakkan badan secara senyap.

Dalam blog ni, saya akan kongsikan:

  • Apa maksud sebenar crash diet

  • Kenapa ia popular

  • Apa risiko kesihatan yang anda perlu tahu

  • Dan solusi lebih sihat kalau anda nak kurus secara konsisten dan selamat


💥 Apa Itu Crash Diet?

Crash diet adalah pelan pemakanan yang amat rendah kalori (biasanya bawah 800 kcal sehari), atau terlalu terhad jenis makanan, dengan tujuan untuk kurus dengan cepat.

Contoh:

  • Diet 3 hari telur rebus

  • Diet 500 kcal sehari

  • Diet air detoks sahaja

  • Puasa makan selama seminggu tapi minum minuman tertentu


😨 Kenapa Ramai Terpengaruh?

  • Nak hasil cepat sebelum kahwin, bercuti atau majlis

  • Terpedaya dengan testimoni turun 10kg dalam 7 hari

  • Tak sabar dan terlalu tertekan dengan bentuk badan

  • Tak tahu tentang risiko jangka panjang crash diet



❗ Bahaya Crash Diet Kepada Badan Anda

1. Kehilangan otot & bukan lemak sahaja

Bila kalori terlalu rendah, badan bukan saja bakar lemak — malah bakar otot juga.
Bila otot hilang, metabolisme makin perlahan.

2. Berat naik semula dengan cepat (yoyo effect)

Crash diet tak boleh dikekalkan. Bila mula makan biasa, berat naik balik — kadang-kadang lebih berat dari asal.

3. Gangguan hormon

Crash diet ganggu hormon lapar (ghrelin & leptin), hormon stres (kortisol) dan kitaran haid wanita.

4. Risiko batu karang, gangguan jantung & kekurangan nutrien

Bila badan kekurangan nutrien penting terlalu lama, sistem badan mula terjejas – terutama buah pinggang dan jantung.

5. Kesan emosi & mental

Mudah moody, tekanan emosi, dan rasa gagal bila berat tak kekal.

 


✅ Cara Kurus Yang Sihat & Kekal: Kalori Defisit Yang Berkualiti

Berat badan boleh turun secara sihat tanpa perlu seksa diri.
Caranya:
✔ Ambil makanan penuh nutrisi
✔ Kekal dalam kalori defisit sederhana
✔ Pastikan cukup protein & serat
✔ Hidup aktif
✔ Dapatkan bimbingan



🌿 Apa Saya Buat & Ajar Peserta Coaching Saya?

Saya percaya kurus yang kekal datang daripada gaya hidup sihat, bukan crash diet.

Sebab tu saya guna pendekatan:

  • Shake Herbalife sebagai sarapan sihat (tinggi protein, rendah kalori, cepat disediakan)

  • Herbal tea mix untuk tingkatkan tenaga dan kurangkan craving

  • Aloe vera drink untuk bantu sistem penghadaman





Shake ni bantu:
✅ Kurangkan kalori tanpa kurang nutrien
✅ Kekalkan otot semasa turun berat
✅ Mudah disediakan walaupun sibuk



📲 Kalau awak selalu terjebak dengan diet ekstrem dan kecewa bila berat naik semula, saya boleh bantu guide awak dengan cara yang sihat, selamat dan realistik.

Klik sini untuk coaching percuma dan analisis kesihatan → Contact Coach Jiha